RAMA-rama

22 09 2008

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Hampir semua orang akan tersenyum apabila

wanita hiasan dunia yg melindungi dirinya.

wanita hiasan dunia yg melindungi dirinya.

melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu di sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda….warna dan corak rama-rama. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tetapi telah terbuai dek angin. Siapa pun yang menangkapnya kembali tidak akan tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah dipegang tetapi nilainya cepat luntur setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap ditubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa tetapi harga diri dan maruah telah tercemar.

Begitulah wanita, ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah…apabila corak-corak itu telah pudar, ia tidak dipedulikan lagi.Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga seorang wanita terletak pada maruahnya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Bukan mudah untuk menjadi pujaan,terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada suatu yang mmenjijikan, bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik untuk kita sedar betapa bernilainya kehidupan ini. Sewaktu dipuja, usahlah terlalu leka tetapi kenangkan kehidupan sebelum ini. Sewaktu digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa anda.

Usah jadi rama-rama yang kaku di dalam bingkai. Indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkanlah kebebasan itu dengan nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda adalah memelihara kehormatan diri. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri, anda berada pada golongan terbaik. Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah hilang masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dirinya cantik dan sentiasa memukau pandangan manusia, ia tentu tidak terbang ke sana sini. Kerana setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah kepada bahaya. Namun, rama-rama tidak tahu ia indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jka anda tidak pernah tahu kewanitaan anda adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda seperti rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda! Semakin sukar anda dimiliki, anda semakin mahal di mata umum. Sang perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi.

Usahlah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Kelak,setelah warna itu hilang anda akan dibiarkan. Jadilah wanita yang punyai nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai yang ingin memiliki anda tetapi pada berapa ramai yang benar-benar sanggup memelihara dan melindungi anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang yang penuh dengan keikhlasan. Selama mana anda belum menemuinya, anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

”jadilah seperti rama-rama yang mengindahkan alam,

Jadilah wanita yang menjadi kebanggaan semua orang”

< seindah hiasan dunia adalah wanita solehah >


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: