Pesanan Buat Muslimat semua

24 09 2009

Lindungilah dirimu daripada tangan2 durjana

Masih wujudkah lagi lelaki idaman seperti itu… yang didamba wanita dalam membawa menuju redha Allah..?

ayuh kita renungkan bersama…





Betulkah kita semua memakai tudung?

24 09 2009
Fesyen | Tudung

Fesyen | Tudung

salam kembali, moga semua sihat dan ceria. ameen3x

Islam mengharamkan kepada wanitanya memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan kulit tubuh, begitu juga pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, lebih-lebih lagi anggota tubuh yang membawa fitnah kepada kaum lelaki seperti dada dan buntut.
Dalam satu hadis Sohih riwayat imam Imam Muslim
Nabi s.a.w bersabda;
maksudnya;
Ada dua golongan yang akan menjadi ahli neraka yang aku tidak pernah melihat keduanya itu;
1) Satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia(pemerintah yang zalim)
2) perempuan-perempuan yang berpakaian tapi bogel yang cenderung untuk melakukan maksiat dan mengajak orang lain melakukan maksiat, rambutnya seperti bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga sedangkan bau syurga boleh dihidu dari jarak sekian sekian.(dalam hadis lain disebut dari jarak lima ratus tahun perjalanan)

Siapakah perempuan yang berpakaian tapi bogel?
Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi disebut berbogel ertinya; mereka berpakaian tapi pakaian mereka tidak menepati ciri-ciri yang disuruh oleh syara’, seperti;
-Pakaian yang nipis sehingga menampakkan kulit atau auratnya.
-Pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakkan anggota tubuhnya

inilah pakaian yang dipakai oleh wanita-wanita zaman moden ini.

Siapa pula rambut seperti bonggol unta?
Ia bermaksud perempuan yang menggayakan rambut mereka dengan pelbagai fesyen moden hari ini, seolah-olah nabi s.a.w telah ditayangkan kepadanya keadaan wanita zaman ini yang yang membuka rambut mereka dan menggayakan dengan pelbagai gaya untuk menarik perhatian lelaki yang bukan suami mereka. Bukan sahaja sekadar itu bahkan ada yang memakai rambut palsu yang diharamkan oleh nabi s.a.w.
Mudah-mudahan isteri-isteri kita dan anak-anak perempuan kita tidak tergolong dalam golongan ini.

Perlu juga diingatkan kepada wanita bertudung supaya tidak memakai tudung yang bercanggah dengan syariat islam, tudung yang tidak menepati cara-cara pemakaian yang betul.

Firman Allah s.w.t : an-Nur :31
“dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Firman Allah s.w.t “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka”
Bermakna ciri-ciri memakai tudung yang betul ialah menutup kepala sehingga ke dada dengan tudung yang tidak nipis atau tidak jarang sehingga menampakkan leher dan telinga mereka.

Contoh Pakai tudung dan pakaian yang betul dan menepati syara’

Jom Tutup Mahkota Perhiasan Kita

Jom Tutup Mahkota Perhiasan Kita

petikan dari: UST HASAN BASRI





Sifat Kelembutan Mendatangkan Kebaikan pada dirimu

24 09 2009

Salam ukhuwah

SALAM JIHAD ILMU

Tutupkanlah PERHIASAN dirimu

Tutupkanlah PERHIASAN dirimu

ana terjumpa 1 artikel berkaitan perkara ini, dan ana ingin berkongsi

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.”
Riwayat Muslim

Huraian
1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.
2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.

3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.

“Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.”

sumber dari: BIBIRAIHANA





PETUA : Isteri Tetap Perawan

24 09 2009

salam kerahmatan

salam ukhuwah semua pengunjung blog

lama ana tidak update info di blog ana ini

Mujahidah Solehah

Mujahidah Solehah

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

56.35 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

56.37 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

56.38 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

inginkan pelbagai info menarik: sila ke FORUM MUSLIMAT: http://www.hanan.com.my