Pesanan Buat Muslimat semua

24 09 2009

Lindungilah dirimu daripada tangan2 durjana

Masih wujudkah lagi lelaki idaman seperti itu… yang didamba wanita dalam membawa menuju redha Allah..?

ayuh kita renungkan bersama…





Betulkah kita semua memakai tudung?

24 09 2009
Fesyen | Tudung

Fesyen | Tudung

salam kembali, moga semua sihat dan ceria. ameen3x

Islam mengharamkan kepada wanitanya memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan kulit tubuh, begitu juga pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, lebih-lebih lagi anggota tubuh yang membawa fitnah kepada kaum lelaki seperti dada dan buntut.
Dalam satu hadis Sohih riwayat imam Imam Muslim
Nabi s.a.w bersabda;
maksudnya;
Ada dua golongan yang akan menjadi ahli neraka yang aku tidak pernah melihat keduanya itu;
1) Satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia(pemerintah yang zalim)
2) perempuan-perempuan yang berpakaian tapi bogel yang cenderung untuk melakukan maksiat dan mengajak orang lain melakukan maksiat, rambutnya seperti bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga sedangkan bau syurga boleh dihidu dari jarak sekian sekian.(dalam hadis lain disebut dari jarak lima ratus tahun perjalanan)

Siapakah perempuan yang berpakaian tapi bogel?
Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi disebut berbogel ertinya; mereka berpakaian tapi pakaian mereka tidak menepati ciri-ciri yang disuruh oleh syara’, seperti;
-Pakaian yang nipis sehingga menampakkan kulit atau auratnya.
-Pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakkan anggota tubuhnya

inilah pakaian yang dipakai oleh wanita-wanita zaman moden ini.

Siapa pula rambut seperti bonggol unta?
Ia bermaksud perempuan yang menggayakan rambut mereka dengan pelbagai fesyen moden hari ini, seolah-olah nabi s.a.w telah ditayangkan kepadanya keadaan wanita zaman ini yang yang membuka rambut mereka dan menggayakan dengan pelbagai gaya untuk menarik perhatian lelaki yang bukan suami mereka. Bukan sahaja sekadar itu bahkan ada yang memakai rambut palsu yang diharamkan oleh nabi s.a.w.
Mudah-mudahan isteri-isteri kita dan anak-anak perempuan kita tidak tergolong dalam golongan ini.

Perlu juga diingatkan kepada wanita bertudung supaya tidak memakai tudung yang bercanggah dengan syariat islam, tudung yang tidak menepati cara-cara pemakaian yang betul.

Firman Allah s.w.t : an-Nur :31
“dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Firman Allah s.w.t “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka”
Bermakna ciri-ciri memakai tudung yang betul ialah menutup kepala sehingga ke dada dengan tudung yang tidak nipis atau tidak jarang sehingga menampakkan leher dan telinga mereka.

Contoh Pakai tudung dan pakaian yang betul dan menepati syara’

Jom Tutup Mahkota Perhiasan Kita

Jom Tutup Mahkota Perhiasan Kita

petikan dari: UST HASAN BASRI





PETUA : Isteri Tetap Perawan

24 09 2009

salam kerahmatan

salam ukhuwah semua pengunjung blog

lama ana tidak update info di blog ana ini

Mujahidah Solehah

Mujahidah Solehah

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

56.35 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

56.37 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

56.38 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

inginkan pelbagai info menarik: sila ke FORUM MUSLIMAT: http://www.hanan.com.my





Kelebihan dirimu wahai wanita solehah…

6 03 2009

numenmail.com

Jangan lah anda semua lupa menutup aurat, peliharalah dirimu seumpama daun semalu, lebih malu dr itu

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat

Jangan lah anda semua lupa menutup aurat, peliharalah dirimu seumpama daun semalu, lebih malu dr itu

daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia- sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu- pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

WANITA PERMATA SYURGA





Wanita Ibarat Pohon Semalu

6 03 2009
Pelihara dirimu bak mutiara

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.





Anak kecil Berkata kpd Ibunya (02)

28 01 2009

mutiara-hatiTuhan berkata:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan “

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh “

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya “

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu “

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dikeluarkan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan apabila ia diperlukan”

“LINDUNGILAH DIRIMU, SEINDAH PERHIASAN DUNIA”





Salam Syawal kepada sahabat2 ana sekalian

26 09 2008
Mutiara Permata Syurgawi
Mutiara Permata Syurgawi

Salam kepada semua sahabat ana

salam perjuangan

salam perantauan

Moga sahabat2 sentiasa dirahmati oleh NYA, dan ana mohon kemaafan andai khilaf dan terkasar bahasa sama ada nampak atau tidak nampak, moga kita sama2 mengekalkan ketakwaan kita kepadaNYA, untuk menjadi Isteri Solehah, Anak yang Solehah, Kakak yang Solehah, Ibu yang solehah dan Jika jadi Guru, guru yang solehah yang mendidik anak bangsa agar sedar dan bangun dari leka bagi menyelamat dan memelihara bumi Malaysia tercinta ini dari rakusan tangan musuh2 Allah…

**p.s: Jagalah tata tertib pakaianmu krn jgn kerana nak berhias lupa segala peratusan & huum hakam yang telah ditetapkan NYa… Jagalah mahkota Perhiasan Dirimu.. Diri mu Seindah Mutiara Syurga

JAga Diri mu di setiap Langkah menuju keredhaaNYA

AMin3x





PENGHUNI KAMAR DI SURGA?

25 09 2008

permata syurgawi penghias duniawi tetapi biarlah menjadi penghias kepada khalifah Allah"

RASULULLAH S.A.W pernah bersabda, di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar dengan dindingnya tembus pandang. manakala hiasan dalamannya sangat menyenangkan. Di dalam setiap kamar pula ada pemandangan yang tidak pernah di lihat di dunia dan hiburan yang tidak pernak dirasakan manusia di dunia.

“Untuk siapa kamar itu wahai Rasulullah?” tanya sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda “Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk yang membiasakan puasa serta solat pada waktu malam ketika manusia lelap dalam mimpinya”.

“Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu bererti dia menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli  dan keluarganya sampai mencukupi  dengan begitu bererti termasuk orang yang membiasakan selalu berpuasa”.

“Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah dengan begitu bererti termasuk orang yang solat  malam pada saat orang lain tidur lelap.” Begitulah Nabi s.a.w menjelaskan kepada sahabatnya.

*** p.s jadilah permata dunia yang bisa mengegarkan dunia dgn Akhlak dan budi yang elok