RAHSIA KETENANGAN JIWA

26 06 2009

Rahsia Ketenangan Jiwa Bhg 2 (Siri Motivasi Bersama Jasmine, TV3) – www.CeramahIslam.com – Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Didalam hidup ini, kita tidak boleh lari dari masalah, masalah merupakan liku dan rintangan yang patut kita lalui. tabahkan hatimu wahai manusia ciptaanNYA, yakinlah setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Mari kita dengan nasihat dari Ustazah ini





Anak kecil Berkata kpd Ibunya (01)

28 01 2009

Salam semua sahabat ana…

moga sihat dan dalam kerahmatanNYA

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa baby-senyum-2engkau menangis?”

“Karena aku seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.

“Aku tidak mengerti”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti”

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

bersambung esok:





Usahlah dikhuatiri ancaman dan cercaan manusia terhadapmu

13 01 2009

*** kerana manusia itu lemah seperti juga dirimu.

Salam hijrah kepada semua sahabat2 ana

salam perjuangan

teruskan perjuangan jihadmu….

ana lama meninggalkan blog ini atas urusan, namun ana usahakan sebaik mungkin agar blog ini mendapat limpahan rahmatNYA. amin3x

Ancaman manusia begitu dahsyat, namun ingatkan wahai mujahid&mujahidah solehah, teruskan melangkah kakimu menuju puncak takwa, namun jgn dilupa tanggungjawabmu kpd ibuAyahmu, kaum keluargamu, jiran2mu, kawan2mu dan masyarakat disekelilingmu…


mujahidah solehah peneraju kegemilangan agama


Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila engkau meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau meminta tolong, mintalah kepada Allah. Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh Allah bagimu. Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh Allah atasmu.”

(Hadis Riwayat Tarmizi)





Mampukan ana?

16 10 2008

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? kuatkan imanku yaAllah
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya,
yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….





DoA SeORaNg Wanita menuju SOLEhah

22 09 2008

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku – seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan

Daku…..
Si tulang bengkok
Yang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.

Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami, Saidina Ali
Dihantar pemergiannya tanpa bertanya
“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, Ubudiyyah
Akal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!

Namun Ya Tuhan
Siapalah daku untuk memiliki
Watak wanita solehah pendamping nabi
Dek berkaratnya mazmumah yang bersarang dihati
Maka kurniakanlah daku
Sekeping hati yang sentiasa insaf
Hak seorang suami
Tidak kan mungkin kupenuhi
Biar telah ku jilat nanahnya yang berlelehan
Biar telah ku tadahkan wajahku
Buat mengusap debu di telapak kakinya……

Dan sememangnya daku mengimpikan
Watak seorang ibu
Yang bakal melahirkan
Putera-putera secekal Musa’ab bin Umar
Menggadai dunia demi kasih Tuhannya
Segigih Zubair Ibnu Awwaam
Yang diangkat Rasul sebagai ‘hawarij’nya
Hasil didikan seorang wanita bergelar ibu
Jua
Memiliki puteri setabah dan seteguh Masyitah
Rela direbus demi mempertahankan iman
Atau sesuci Maryam – seluruh hidupnya
Mengabdikan diri kepada Tuhan

Meskipun daku bukan ibunya yang memiliki peribadi semurni Siti Fatimah
Ibu Syeikh Abdul Kadir Jailani
Yang tiap titis darah mampu berzikir ke hadrat Ilahi
Namun
Mudah-mudahan zuriatku
Bakal menampilkan
Mujahid-mujahid yang rindu memburu syahid
Srikandi-srikandi yang mampu memakmurkan muka bumi Allah
Dengan ketaqwaan, kesolehah, ramainya ummat Rasulullah
Yang saling redha berkorban dan dikorbankan
Buat menyemarakkan Islam di akhir zaman
Sebagaimana kisah seorang ibu yang telah kematian
Putera-puteranya di medan jihad :
“Mereka telah berbahagia sebagaimana aku bahagia.
Aduhai, kiranya aku punya seorang anak lagi,
Kurelakan dia turut gugur di jalan Ilahi!”
Dan seandainya daku ditaqdirkan kehilangan mereka
Setenang Ummu Faisal
Yang tidak menjadikan kematian suami dan anak-anaknya
Halangan
Kecintaan padaMu Ya Ilahi

Redhailah daku yang dhaif ini sebagai hambaMu
Inilah pengaduan harap dan munajat
Kiranya KekasihMu sendiri pernah menyatakan
“ Kulihat kebanyakan dari isi neraka itu adalah wanita … ”

**P.S: moga kita sama2 berdoa dan mencari redhaNYA agar mencapai ketaatan dan ketakwaan kepadaNYA





Tolong ingatkan ana..

22 09 2008

Tolonglah aku

Assalamualaikum sahabatku…
Aku minta tolong sedikit boleh ye?

Tolong ingatkan aku
Apabila aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak durhaka
ibu ayah jangan dilupakan
usah diluka hati dan perasaan mereka

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guruku
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Jika radio penuh hiburan
jika TV penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Dimana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat, dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya Dialah tumpuan

Tolong ya ingatkan aku…
Terima kasih wassalam..





Kesatlah air matamu,wahai wanita.

22 09 2008

Maksud firman Allah

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami kejalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat.

(Al Fatihah:1 – 9)

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata- kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

**p.s: moga kita sama2 mencari keredhaannya dan membuat bekalan sebelum memegang amanah yang lebig berat iaitu sebagai seorang isteri solehah (muslimat) dan suami solehah (muslimin)





RAMA-rama

22 09 2008

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Hampir semua orang akan tersenyum apabila

wanita hiasan dunia yg melindungi dirinya.

wanita hiasan dunia yg melindungi dirinya.

melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu di sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda….warna dan corak rama-rama. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tetapi telah terbuai dek angin. Siapa pun yang menangkapnya kembali tidak akan tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah dipegang tetapi nilainya cepat luntur setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap ditubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa tetapi harga diri dan maruah telah tercemar.

Begitulah wanita, ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah…apabila corak-corak itu telah pudar, ia tidak dipedulikan lagi.Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga seorang wanita terletak pada maruahnya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Bukan mudah untuk menjadi pujaan,terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada suatu yang mmenjijikan, bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik untuk kita sedar betapa bernilainya kehidupan ini. Sewaktu dipuja, usahlah terlalu leka tetapi kenangkan kehidupan sebelum ini. Sewaktu digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa anda.

Usah jadi rama-rama yang kaku di dalam bingkai. Indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkanlah kebebasan itu dengan nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda adalah memelihara kehormatan diri. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri, anda berada pada golongan terbaik. Sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah hilang masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dirinya cantik dan sentiasa memukau pandangan manusia, ia tentu tidak terbang ke sana sini. Kerana setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah kepada bahaya. Namun, rama-rama tidak tahu ia indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jka anda tidak pernah tahu kewanitaan anda adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda seperti rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda! Semakin sukar anda dimiliki, anda semakin mahal di mata umum. Sang perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi.

Usahlah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Kelak,setelah warna itu hilang anda akan dibiarkan. Jadilah wanita yang punyai nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai yang ingin memiliki anda tetapi pada berapa ramai yang benar-benar sanggup memelihara dan melindungi anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang yang penuh dengan keikhlasan. Selama mana anda belum menemuinya, anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

”jadilah seperti rama-rama yang mengindahkan alam,

Jadilah wanita yang menjadi kebanggaan semua orang”

< seindah hiasan dunia adalah wanita solehah >





“Khas Untukmu, Duhai Wanita …”

3 08 2008

WANITA SEJATI …..

….adalah wanita suri teladan
Lembut tanganmu mampu menghurai seribu masalah
Di bawah ayunan buai oleh jejari halusmu lahirlah cahayamata yg menyinar
dunia dgn pancaran keimanan

Kau dilahirkan bersifat penghuni syurga, lemah-lembut, penyantun dan pemalu

Peliharalah maruah dirimu sepanjang waktu dalam berhijab, krn hijab e2 menutup

mahkota yg tersimpan bak MUTIARA yg bernilai utk suamimu yg bakal tiba nanti..

Kaulah perhiasan dunia yg bakal menjadi bidadari SYurgaNYA .. amin3x

Koreksi dirimu selalu kerana dikhuatiri nafsumu yang sembilan,
akalmu yg satu tdk mampu mengharungi kemelut dunia yg serba palsu ini

Dekatkan dirimu selalu kepada Allah dan senantiasa taubat dan malu
diatas keterlanjuran masa lalu

Bila kau disunting menjadi seorang isteri, jadilah isteri yg setia, utamakanlah
mengurus rumahtangga, menjaga amanah dan harta suamimu, mengasuh dan mendidik
anak-anak bagi menatang cahayamata

Muliakan ibu-bapa dan ahli keluargamu, taati perintah Allah dan jauhilah
laranganNya, serta manis dlm menjalin hidup mengikut sunnah nabi tercinta

Insya Allah kau adalah Wanita Sejati

Amatilah sebuah hadits Rasulullah saw.:

“Apabila seorg wanita telah melakukan solat lima waktu dgn sempurna,
berpuasa di bulan Romadhan cukup syaratnya, menjaga maruah dirinya,
serta mentaati suaminya, maka di akhirat akan diseru untuk masuk ke dlm
syurga dari arah pintu mana yang ia suka”

(riwayat oleh Al Bazzar)

BERSYUKURLAH, KERANA DICIPTA SEBAGAI WANITA….. ”





bermula sebuah coretan cintaNYA

31 07 2008

cinta…

Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.” – Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Sahabat…
rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.

Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., “Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api.”

Sahabat…
Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah Swt. Berfirman; ” Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda, “Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.” hari. Muttafaqun ‘Alaih

tapi jangan salah tafsir cinta yg ana lakarkan

salam perkenalan

salam ukhuwah fillah

dari khalifah Allah